Thursday 31 March 2011

Teknik Pelihara Sesebuah Hubungan....(4 ME)

1. Jangan sesekali memarahinya di hadapan orang ramai atau di depan kawan-kawan anda, kerana ini memperlihatkan tahap perhubungan anda dengan si dia.

2. Jangan diulangi mengutuk si dia di belakangnya bersama kawan atau ahli keluarga anda, ini boleh menyebabkan dia berkecil hati atau terus menjadi marah apabila mengetahuinya.

3. Jangan ragu-ragu bertanyakan teman anda sekiranya anda tidak pasti perbuatan anda itu melukakan hati si dia, seperti menjadi teman kepada kawan anda untuk pergi berjumpa dengan teman barunya, sekiranya si dia terlebih dulu tahu sebelum anda memberitahunya, tahap kepercayaan si dia kepada anda akan menjunam turun.

4. Jangan sesekali menyatakan kriteria teman impian anda yang tidak sama dengan perwatakan atau prilaku si dia, kerana ini akan menyebabkan dirinya merasa seperti tiada gading, tanduk pun bolehlah.

5. Jangan buat walau sekalipun, mengutuk ibubapanya kerana impaknya terlalu kuat sehingga anda boleh ditinggalkannya.

6. Jangan diamalkan berbohong orang lain di hadapannya kerana ia boleh menimbulkan rasa curiga si dia terhadap anda.

7. Akhir sekali terimalah si dia seadanya dia, dan layanlah si dia seadanya anda. Dan pasangan paling memahami

No comments:

Post a Comment